Tuesday, June 23, 2009

SEULAS PINANG SEKAPUR SIREH DARI PRESIDEN TIARANITA NASIONAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ahli-Ahli Sekelian

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan arus kemudahan wacana berinteraksi dikalangan warga celik komputer, TIARANITA Nasional juga tidak mahu ketinggalan untuk mewujudkan blog ini yang dikhususkan kepada semua ahli dari seluruh negara.

Sudah tiba masanya kita perlu lebih berkomunikasi di antara satu sama lain tidak kira di mana jua kita berada. Sebagai satu keluarga yang besar, kita berada di segenap pelusuk tanah air dan dengan adanya peluang untuk berkomunikasi semudah ini, sudah sepatutnya di gunakan dengan seadanya. Sementara itu TIARANITA Nasional akan cuba untuk menyalurkan maklumat terkini terutama mengenai aktiviti-aktiviti yang diselaraskan pada peringkat nasional untuk makluman semua.

Disamping itu, semua ahli-ahli juga adalah dijemput untuk bersama-sama memanfaatkan ruangan ini untuk bertukar pendapat dan juga menjalin kemesraan silatulrahim yang lebih erat diantara sesama kita.

Saya ingin mengambil peluang di sini untuk menggalakkan semua ahli-ahli TIARANITA tidak kira di mana kita berada untuk turut memberi maklumbalas secara terkini dan bernas. Semua cadangan dan kritikan yang membangun amat dialu-alukan demi untuk kebaikan bersama persatuan kita.

Semoga blog ini akan menjadi satu anjakan paradigma yang baru kepada kita semua dan diucapkan selamat ber'Blog' dan Selamat Maju Jaya TIARANITA.

DARI MELAKA KE PULAU RAWA
BAHTERA SARAWAK MEMBAWA LADA
AHLI TIARANITA SELURUH NEGARA
KEMESRAAN ERAT SEPANJANG MASA


Salam hormat dari saya

DATIN SHARIFAH AAMENAH ALJUNID

No comments:

Post a Comment